Ads:
Kisah Nabi Yunus As Ditelan Ikan Nun - Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus As seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduknya. Nabi Yunus As mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah SWT dengan menyembah berhala. Nabi Yunus As mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus As juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus As menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi Yunus As mengingatkan mereka supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah SWT sajalah yang wajib ditaati.
Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus As itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh nenek moyang mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus As memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami". Nabi Yunus As berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah SWT". Berkata lagi Nabi Yunus As "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah SWT telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."
Walaupaun Nabi Yunus As telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "Walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."
Setelah Nabi Yunus As melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus As pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus As meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.
Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus As itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah SWT agar dijauhkan daripada malapetaka.
Allah SWT Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah SWT pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus As telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.
Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus As menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus As telah dilanda ribut taufan yang kuat.
Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus As dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus As adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus As tetap terpilih.
Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus As tahu bahawa ia adalah kehendak Allah SWT. Nabi Yunus As memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah SWT. Ia berfikir keputusan undian itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus As beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus As terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.
Ketika Nabi Yunus As sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah SWT mengarahkan seekor ikan nun (Hiu) supaya menelan Nabi Yunus As hidup- hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus As dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nabi Yunus As berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar disembah hanya Engkau ya Allah, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku." Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda:
"Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun."
Firman Allah yang artinya: "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."
Setelah beberapa lama Nabi Yunus As berada dalam perut ikan nun, maka Allah SWT pun melemparkan Nabi Yunus As ke darat. Di tempat Nabi Yunus As dilemparkan Allah SWT menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus As bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus As dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.
Setelah Nabi Yunus As berasa segar kembali maka Allah SWT telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus SWT terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus As mengajar untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus As berasa heran kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah SWT tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah SWT.
Demikianlah Kisah Nabi Yunus As Ditelan Ikan Nun. Semoga kita dapat mengambil hikmah dari kisah ini dan mengunjungi blog kami Cerita Dejavu, dan baca selangkapnya di kumpulan kisah para nabi lainnya.

Kisah Nabi Yunus As Ditelan Ikan Nun
4
/
5
Oleh
Admin