Kisah Nabi Isa As Dengan Orang Mabuk Cinta

Ads:
Kisah Nabi Isa As Dengan Orang Mabuk Cinta
Kisah Nabi Isa As Dengan Orang Mabuk Cinta - Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa As berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa As berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa As, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa As, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa As, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa As pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa As berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa As datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa As tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa As pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa As mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa As berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa As pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa As, lalu Nabi Isa As berkata, "Aku ini Isa As." Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang yang artinya: "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
  1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
  2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
  3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
  1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
  2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
  3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
  4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
  5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada "kubur."

Demikianlah Kisah Nabi Isa As Dengan Orang Mabuk Cinta. Semoga kita dapat mengambil hikmah dari kisah ini dan mengunjungi terus blog kami Cerita Dejavu, dan baca selangkapnya di kumpulan kisah para nabi lainnya.

Cerita Terkait

Kisah Nabi Isa As Dengan Orang Mabuk Cinta
4 / 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan cerita di atas? Silakan berlangganan gratis via email

FANSPAGE