Kisah Nabi Harun Janggut Yang Berwarna Dua

Ads:
Kisah Nabi Harun Janggut Yang Berwarna Dua
Kisah Nabi Harun Janggut Yang Berwarna Dua - Nabi Musa As berjalan menuju ke Nabi Harun As, lalu ia meletakkan papan Taurat dengan tangannya di atas tanah. Tampaknya api kemarahan telah membakamya. Musa memegang Harun dari rambut kepalanya sampai rambut janggutnya sambil berkata:
"Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat, (sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) menderhakai perintahku?" (QS. Thaha: 92-93)

Musa bertanya, "Apakah Harun tidak mentaati perintahnya, bagaimana ia mendiamkan fitnah ini; bagaimana ia tetap bersama mereka dan tidak meninggalkan mereka serta berlepas diri dari perbuatan mereka; bagaimana ia tetap diam dan tidak berusaha melawan mereka, bukankah orang yang diam atau membiarkan suatu kesalahan itu bertanda bahawa ia merestuinya atau bahagian dari kesalahan itu?" Keheningan semakin meningkat ketika gelora api kemarahan Musa semakin membara. Nabi Harun As berbicara kepada Musa dan meminta kepadanya untuk melepaskan kepalanya dan janggutnya kerana mereka berdua berasal dari ibu yang satu. Harun mengingatkan Musa akan kedekatan hubungannya melalui ibu, bukan melalui ayah agar hal itu lebih dapat membuat Musa merasa kasihan kepadanya:
"Harun menjawab: Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku." (QS. Thaha: 94)

Nabi Harun As memberi pengertian kepada Musa bahawa ia sama sekali tidak bermaksud menentang perintahnya, dan ia pun tidak menunjukkan sikap merestui penyembahan anak sapi, tetapi ia khuatir jika ia meninggalkan mereka dan pergi lalu Musa bertanya kepadanya, mengapa ia tidak tetap tinggal bersama mereka? Mengapa seorang yang bertanggungjawab kepada mereka justru meninggalkan mereka? Di samping itu, ia juga khuatir jika ia memerangi mereka dengan kekerasan maka terjadi peperangan di antara mereka.

Nabi Musa As telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa kepergian Nabi Musa As, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun As. Pemergian Nabi Musa As mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.

Ketiadaan Nabi Musa As telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri si pembuat patung anak sapi. Dia telah memanafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa As yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka.

Nabi Harun As sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun As untuk membunuhnya jika Nabi Harun As terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut.

Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa As sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.

Nabi Harun As telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa As telah menarik janggut Nabi Harun As menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa As telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa As kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun As mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Demikianlah Kisah Nabi Harun Janggut Yang Berwarna Dua. Semoga kita dapat mengambil hikmah dari kisah ini dan mengunjungi blog kami Cerita Dejavu, dan baca selangkapnya di kumpulan kisah para nabi lainnya.

Cerita Terkait

Kisah Nabi Harun Janggut Yang Berwarna Dua
4 / 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan cerita di atas? Silakan berlangganan gratis via email

FANSPAGE